PROGRAM READ @ UNI : PERTANDINGAN SUDOKU | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » PROGRAM READ @ UNI : PERTANDINGAN SUDOKU

PROGRAM READ @ UNI : PERTANDINGAN SUDOKU

Berita disediakan oleh : Pn. Nur Asyikin Yusoff (Penolong Akauntan)

 

Serdang, 22 Julai 2022 – Ahli Jawatankuasa Sudut Bacaan Bahagian Audit Dalam telah menganjurkan Pertandingan Sudoku pada 22 Julai 2022 (Jumaat) bertempat di ruangan Sudut Bacaan Bahagian Audit Dalam. Pertandingan Sudoku ini merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan oleh AJK Sudut Bacaan bagi memenuhi kriteria Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP). Pertandingan ini telah disertai oleh staf Bahagian Audit Dalam.

Pemenang pertama pertandingan sudoku ini telah dimenangi oleh Puan Marziati Md Din yang mencatat masa selama 11 minit, tempat kedua dimenangi oleh Cik Nurrul Syakira Bakhtiar yang telah mencatat masa selama 13 minit manakala tempat ketiga pertandingan ini dimenangi oleh Puan Balqis Md Ruslan yang telah mencatat masa selama 16 minit.

 

Tarikh Input: 25/08/2022 | Kemaskini: 25/08/2022 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXETKAV~