Bahagian Audit Dalam, UPM, 28 dan 29 Ogos 2018 – Pemeriksaan Kendiri Amalan 5S telah dijalankan oleh Bahagian Audit Dalam dengan menjemput 2 orang penilai luar yang terdiri daripada Penyelaras/Jawatankuasa 5S dari PTJ luar bagi memenuhi syarat kelayakan untuk dinilai oleh Penilai 5S bagi Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja 5S /EKSA.
Penilai luar yang telah dilantik ialah Pn Zaidina binti Mohd Daud daripada Fakulti Sains dan Pn Rusniah binti Sayuti daripada Perpustakaan Sultan Abdul Samad. Semasa hari penilaian kedua- dua penilai telah disambut oleh Penyelaras 5S Bahagian Audit Dalam, Puan Marziati Md Din dan semua ahli jawatankuasa yang lain.
Kedua-dua penilai telah menjalankan tugas yang diamanahkan dengan jayanya dan Bahagian Audit Dalam menerima segala teguran penambahbaikan serta pujian yang telah diberikan.
Secara keseluruhannya, penilaian ini sedikit sebanyak memberi gambaran dan peluang untuk Bahagian Audit Dalam menambahbaik segala kekurangan yang dikenalpasti untuk persiapan sekiranya terpilih menjadi salah sebuah PTJ untuk dinilai bagi Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja 5S /EKSA.
Date of Input: 12/09/2018 | Updated: 22/01/2019 | faiz_suparman
Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.