KEMERIAHAN SAMBUTAN MEGA RAYA UPM 2024 @ AUDIT DALAM | INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
» NEWS » KEMERIAHAN SAMBUTAN MEGA RAYA UPM 2024 @ AUDIT DALAM

KEMERIAHAN SAMBUTAN MEGA RAYA UPM 2024 @ AUDIT DALAM

By: En. Mohd Azis Abdullah (Pegawai Kewangan)

 

 

 

UPM SERDANG, 23 April – Majlis sambutan Mega Raya Aidilfitri UPM 2024 di Bahagian Audit Dalam diserikan dengan pelbagai hidangan juadah makanan untuk para tetamu yang hadir dan diselangi dengan beberapa aktiviti berkumpulan bagi memeriahkan lagi suasana.

Pelbagai juadah hidangan hari raya seperti lemang, ketupat, rendang dan kuih raya hasil sumbangan pekerja Audit Dalam disediakan untuk para tetamu yang hadir. Bagi memeriahkan suasana, aktiviti berkumpulan juga seperti pertandingan menguji minda dan pertandingan mengayam ketupat yang bertemakan hari raya juga dilaksanakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dikalangan para pekerja di Bahagian Audit Dalam.

Jutaan terima kasih kepada semua para tetamu yang hadir beraya di Bahagian Audit Dalam dan keseluruhan pekerja yang terlibat dalam pelaksanaan majlis sambutan Mega Raya Aidilfitri UPM 2024 @ Bahagian Audit Dalam.

Date of Input: 29/04/2024 | Updated: 29/04/2024 | muhammad.isam

MEDIA SHARING

INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
WXFPLAb~