Serdang, 24 Jun Majlis Gemilang Putra merupakan acara tahunan universiti bagi menghargai staf melalui pengiktirafan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Jasa Putra, Anugerah Setia Putra, dan Jasamu Dikenang.
Namun, terdapat kelainan sedikit pada tahun ini (tahun 2020), disebabkan kita semua masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020, Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Ke-706 pada 29 April 2020 telah bersetuju secara prinsipnya agar Majlis Gemilang Putra bagi tahun 2020 dibatalkan.
Walaubagaimanapun, hanya penyerahan Sijil Perkhidmatan Cemerlang oleh Naib Canselor UPM kepada penerima APC dilaksanakan secara bergilir mengikut PTJ serta mengikut garis panduan(SOP) keselamatan yang ditetapkan.
Wakil Bahagian Audit Dalam yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi pencapaian prestasi kerja tahun 2019 adalah En. Wan Muhammad Isam Bin Wan Ismail (Penolong Pegawai Tadbir).
Tahniah! Semoga dengan pencapaian ini, dapat menjadi pemangkin dan membakar semangat kepada semua staf untuk mempertingkatkan lagi pencapaian dalam organisasi, amnya kepada Universiti Putra Malaysia.
Bahagian Audit Dalam juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima APC Universiti Putra Malaysia bagi penilaian tahun 2019 dan berharap tuan/puan dapat meneruskan kecemerlangan dalam perkhidmatan bagi merealisasikan visi dan misi universiti.
Date of Input: 24/06/2020 | Updated: 25/11/2020 | nurmiera
Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.