Bahagian Audit Dalam UPM Terlibat Didalam Pelaksanaan SAIV Universiti Malaysia Kelantan
Ogos 2019- Bahagian Audit Dalam Universiti Malaysia Universiti Putra Malaysia dan Unit Audit Dalam Universiti Malaysia Terengganu telah selesai melaksanakan penilaian luar ke atas aktiviti audit dalam di Unit Audit Dalam Universiti Malaysia Kelantan. Penilaian luar melalui kaedah Self Assessment With Independent External Validation (SAIV) telah dilaksanakan antara 26-29 Ogos 2019 di Universiti Malaysia Kelantan. Penilaian tersebut telah dilaksanakan oleh:-
Tujuan penilaian dijalankan adalah bagi memastikan aktiviti Unit Audit Dalam UMK adalah mematuhi International Profesional Practice Framework (IPPF-Standards) dan Kod Etika yang dikeluarkan oleh The Institute of Internal Auditors (IIA). Standard 1312 IPPF menyatakan, penilaian luar hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 5 tahun. Penilaian luar boleh dilaksanakan melalui 2 kaedah seperti berikut:-
SAIV melibatkan proses proses validasi keatas penilaian kendiri yang telah dilaksankan oleh Unit Audit Dalam UMK. Proses validasi melibatkan proses semakan dokumen, benchmarking dan temubual dengan Pengerusi Jawatankuasa Audit UMK, Naib Canselor UMK, Bendahari UMK dan kakitangan Unit Audit Dalam UMK.
Pelaksanaan penilaian luar mampu membantu organisasi mengenalpasti peluang-peluang penambahbaikkan seterusnya meletakkan Audit Dalam Universiti Awam pada satu tahap yang lebih baik dan memenuhi standard pengauditan antarabangsa.
Date of Input: 27/09/2019 | Updated: 27/09/2019 | nurmiera
Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.