Carta Organisasi | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» JAWATANKUASA » Kelab Bahagian Audit Dalam » Carta Organisasi

Carta Organisasi

   

 

BIL

KEANGGOTAAN

TANGGUNGJAWAB

1

Penasihat/Penaung

  • Memberi galakan dan sokongan kepada jawatankuasa dalam melaksanakan aktiviti.
  • Memberi nasihat dan pandangan kepada jawatankuasa.
  • Membantu jawatankuasa dalam mendapatkan peruntukan kewangan.

2

Pengerusi

  • Bertanggungjawab dalam mengguruskan pentadbiran dan aktiviti.
  • Memastikan arahan daripada penasihat dapat dijalankan.
  • Memberikan arahan yang tepat dan jelas kepada semua ahli jawatankuasa dalam melaksanakan tugas atau aktiviti.

3

Bendahari

  • Mengurus dan bertanggungjawab berkenaan semua hal-hal kewangan kelab.
  • Menyediakan penyata kewangan untuk setiap aktiviti kelab.
  • Membentangkan penyata kewangan di Mesyuarat Bahagian Audit Dalam.
  • Melaporkan  kedudukan  kewangan  sekiranya  diminta   di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
  • Menjalankan  tugas-tugas  lain yang diarahkan  oleh  Pengerusi dari semasa ke semasa.
  • Bertanggungjawab keatas keselamatan kutipan yuran, hasil koperasi dan menyimpan semua resit-resit dan rekod keluar masuk .
  • Membelanjakan dana kelab bagi perbelanjaan yang sewajarnya.

4

Setiausaha

  • Mengurus hal mesyuarat, mencatat dan menyimpan semua minit mesyuarat dan dokumen kelab.
  • Menyediakan laporan tahunan kelab.
  • Melaksanakan urusan surat-menyurat kelab.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi/Bahagian Audit Dalam dari semasa ke  semasa.

5

Exco Kerohanian Dan Kebajikan

  • Merancang program-program berbentuk kebajikan seperti pungutan derma, kebajikan, lawatan ke rumah ahli-ahli yang ditimpa kemalangan atau bencana.
  • Melaksana dan cakna terhadap ahli kelab yang menerima berita baik seperti kelahiran, perkahwinan, hadiah, ulang tahun kelahiran dan lain-lain/
  • Menjalankan  tugas-tugas lain yang  berkaitan untuk menyokong pelaksanaan aktiviti dan program exco-exco lain.

6

Exco Sukan Dan Rekreasi

  • Melaksanakan program ahli keluarga,kesukanan dan gerak cergas Bahagian Audit Dalam.
  • Menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dirancang.
  • Mengadakan program yang berunsurkan amalan sihat pekerja Bahagian Audit Dalam sekurang-kurangnya sekali setahun.
  • Menjalankan  tugas-tugas lain yang  berkaitan untuk menyokong pelaksanaan aktiviti dan program exco-exco lain.

7

Exco Jaringan Dan Kelestarian

  • Memperluas aktiviti jaringan masyarakat bagi pihak Bahagian Audit Dalam sekali setahun menerusi pelbagai program bersemuka.
  • Melaksanakan program lawatan Bahagian Audit Dalam sekali setahun.
  • Menjalankan  tugas-tugas lain yang  berkaitan untuk menyokong pelaksanaan aktiviti dan program exco-exco lain.

8

Juruaudit

  • Menjalankan semakan berkala ke atas pengesahan penyata kewangan kelab sekurang-kurangnya 6 bulan sekali
  • Melaporkan penyalahgunaan dana yang dikumpulkan sekiranya ada
  • Memastikan setiap tunai keluar dan masuk direkodkan dengan betul

 

 

 

Kemaskini:: 25/04/2022 [faiz_suparman]

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 1346
03-9769 6176
WVLdQA~