WORK TRIP FROM IIUM OFFICE OF INTERNAL AUDIT TO UPM INTERNAL AUDIT DEPARTMENT | INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
» NEWS » WORK TRIP FROM IIUM OFFICE OF INTERNAL AUDIT TO UPM INTERNAL AUDIT DEPARTMENT

WORK TRIP FROM IIUM OFFICE OF INTERNAL AUDIT TO UPM INTERNAL AUDIT DEPARTMENT

8 Ogos 2018 (Rabu)- Seramai 9 orang delegasi daripada Pejabat Audit Dalam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah mengadakan kunjungan ke Bahagian Audit Dalam UPM pada 8 Ogos 2018. Delegasi UIAM diketuai oleh Puan Hajah Ainun Mardziyah Haji Hassan selaku Ketua Sekeyen Pematuhan dan Jaminan Kualiti, Pejabat Audit Dalam UIAM  bersama 8 orang kakitangan Pejabat Audit Dalam UIAM.  

 

Tujuan kunjungan adalah sebagai persediaan dan mempelajari pengalaman UPM berkaitan Quality Asurance Review. Delegasi UIAM telah diberi penerangan berkaitan Quality Assurance Review oleh En. Sharul Azman Ramli dan En Mohd Azis Abdullah.

 

Quality Assurance Review merupakan keperluan Standards for Professional Practice of Internal Auditing (Standards) yang dikeluarkan oleh Institute of Internal Auditor (IIA) yang berkaitan amalan audit dalaman. Bahagian Audit Dalam UPM telah selesai menjalani penilaian yang dibuat oleh pihak Institute of Internal Auditors  Malaysia (IIAM) pada bulan Jun 2017 dan pihak IIAM telah mengesahkan Bahagian Audit Dalam UPM mematuhi standards yang ditetapkan.

Pejabat Audit Dalam UIAM berhasrat untuk melaksanakan penilaian Quality Assurance Review  yang dijangka akan dilaksanakan pada hujng tahun 2018. Semasa kunjungan tersebut En Sharul Azman Ramli telah berkongsi pengalaman persediaan yang perlu dilaksanakan sebelum penilaian luar dilaksanakan bagi mengesahkan aktiviti audit adalah mematuhi standard yang telah ditetapkan.

 

 

 

Selepas seleasai sesi perkongsian tersebut Puan Hajjah Ainun Mardziyah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Audit Dalam UPM diatas kesudian menerima kunjungan daripada UIAM. En. Sharul Azman pula sebagai wakil Bahagian Audit Dalam UPM mengalu-alukan kedatangan delegasi UIAM dan berbesar hati dapat sama berkongsi pengalaman dan pengetahuan membantu Pejabat Audit Dalam UIAM membuat persediaan menghadapi dan melaksanakan Quality Assurance Review.

 

Berita disediakan oleh : En. Sharul Azman Ramli (Peg. Kewangan/ Juruaudit)

 

Date of Input: 24/09/2018 | Updated: 23/01/2019 | nurmiera

MEDIA SHARING

INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXETOAX~