Pemeriksaan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Tahun 2021 : Bahagian Audit Dalam | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Tahun 2021 : Bahagian Audit Dalam

Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Tahun 2021 : Bahagian Audit Dalam

Berita disediakan oleh : En. Mohd Azis Bin Abdullah

 

UPM SERDANG (15 November 2021): Seksyen Operasi dan Perkhidmatan, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (PPKKP) telah hadir ke Bahagian Audit Dalam bagi melaksanakan Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan (PKK) Pusat Tanggungjawab (PTJ) tahun 2021. Pemeriksaan dilaksanakan bagi memenuhi keperluan keselamatan di tempat kerja mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan-Peraturan, Akta Perkhidmatan Bomba 1988, Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan, Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

Skop pemeriksaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan tahun 2021 memberi fokus kepada pemantauan tindakan pencegahan Covid-19 di PTJ merangkumi penguatkuasaan pelaporan Penilaian Risiko Jangkitan Covid-19 (https://ertcovid19.upm.edu.my) bagi pekerja yang hadir secara fizikal di pejabat, penggunaan QR Code MySejahtera dan UPM Covid-19 Tracking, kawalan pencegahan Covid-19 melibatkan pihak luar (pembekal / kontraktor / pelawat) dan kaedah pelaporan tindakan kecemasan pekerja yang dijangkiti Covid-19 dan mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

Berdasarkan kepada laporan hasil pemeriksaan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP) pada 16 November 2021, Bahagian Audit Dalam telah berjaya mematuhi keseluruhan kriteria pemeriksaan tindakan pencegahan Covid-19 di PTJ mengikut prosedur yang ditetapkan.

Tarikh Input: 26/11/2021 | Kemaskini: 26/11/2021 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXETSAr~