Majlis Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Entiti Pejabat Naib Canselor | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Majlis Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Entiti Pejabat Naib Canselor

Majlis Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Entiti Pejabat Naib Canselor

Serdang 14 April 2022 : Entitit Pejabat Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) melaksanakan Majlis Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), di Dewan Taklimat Serdang di sini hari ini yang telah dilancarkan oleh Naib Canselor UPM, YH. Profesor Dato’ Dr. Mohd. Roslan bin Sulaiman.
 
EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula amalan 5S (sisih, susun, sapu, seragam, dan sentiasa amal) sektor awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif.
 
Pelaksanaan amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.
 
Turut hadir Pengarah Pusat Jaminan Kualiti, Prof. Dr. Amin Ismail, Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat, Prof. Dr. Azmawani Abd Rahman, Pengarah Akademi Sukan, Prof. Madya Dr. Tajularipin Sulaiman, Pengarah Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Prof. Madya Dr. Mohd Rafee Baharudin , Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen, Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang dan Ketua Pentadbiran Pejabat Naib Canselor, Noorizai Mohamad Noor.
 
 
  
 
 
 

 

Tarikh Input: 18/04/2022 | Kemaskini: 30/08/2022 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEXSAl~