Lawatan Kerja Ke Institut Antarabangsa Akuakultur Dan Sains Akuatik (i-Aquas) | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Lawatan Kerja ke Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (i-Aquas)

Lawatan Kerja ke Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (i-Aquas)

Berita disediakan oleh : Pn. Nurfarah Hanani Abdul Hamed (Pegawai Kewangan)

 

UPM SERDANG, 25 Januari 2022 – Kumpulan audit dari Seksyen Teknologi Maklumat dan Penjanaan, Bahagian Audit Dalam UPM telah melaksanakan kerja lapangan di Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akautik I-AQUAS) terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan untuk tujuan pengauditan pengurusan ternakan ikan/ akuakultur. 

I-AQUAS merupakan sebuah institut penyelidikan yang dinaiktaraf daripada Pusat Sains Marin pada 15 Disember 2017 dan menawarkan platform penyelidikan dalam pelbagai displin berkaitan dengan akuakultur dan sains akuatik. Institut ini mempunyai dua laboratori, iaitu Laboratori Akuakultur Mampan (AquaLab) dan Laboratori Ekosistem Akuatik dan Pengurusan (EkosistemLab).

Kumpulan audit telah disambut oleh pihak pengurusan I-AQUAS iaitu Prof. Madya Dr. Murni Marlina Abd Karim, Ketua Laboratori, Pn. Nur Syahirah Ibrahim, Penolong Pendaftar dan beberapa pegawai yang terlibat. Melalui lawatan ini, kumpulan audit diberi penerangan berkenaan latar belakang, aktiviti pengoperasian dan penjanaan yang terdapat di I-AQUAS. Seterusnya, kumpulan audit mengambil peluang untuk melihat kemudahan hatcheri di I-AQUAS bersama penyelaras Unit Hatcheri, En Fakharulddin Ismail.

 

Tarikh Input: 14/02/2022 | Kemaskini: 30/08/2022 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEUDA3~