Kunjungan Hormat Oleh Ketua Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan, Pejabat Bursar UPM(Pn. Norlian Ismail) Ke Bahagian Audit Dalam | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Kunjungan Hormat oleh Ketua Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan, Pejabat Bursar UPM(Pn. Norlian Ismail) ke Bahagian Audit Dalam

Kunjungan Hormat oleh Ketua Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan, Pejabat Bursar UPM(Pn. Norlian Ismail) ke Bahagian Audit Dalam

UPM SERDANG (22 Oktober 2021): Pn. Norlian Ismail, Ketua Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan Pejabat Bursar telah mengadakan kunjungan ringkas ke Bahagian Audit Dalam pada 22 Oktober 2021 bersempena hari terakhir bertugas beliau di UPM sebelum bersara wajib mulai 25 Oktober 2021. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dan telah berkhidmat di UPM selama lebih kurang 39 tahun.

 

Pn Norlian Ismail telah mengadakan perjumpaan dengan Pn. Zainora Abdul Talib (Ketua Bahagian Audit Dalam) dan semua staf Bahagian Audit Dalam. Beliau juga telah berkongsi pengalaman dan nasihat  kepada semua staf Bahagian Audit Dalam. Semasa kunjungan,  Pn. Zainora Abdul Talib telah menyampaikan cenderahati kepada Pn. Norlian Ismail sebagai tanda penghargaan dan terima kasih. 

 

Warga Bahagian Audit Dalam mengucapkan selamat bersara dan terima kasih kepada Pn. Norlian Ismail di atas perkongsian kerjasama, komitmen, pengalaman dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada Bahagian Audit Dalam terutama semasa tempoh perkhidmatan beliau di universiti.

 

Berita disediakan oleh : En. Sharul Azman Ramli

Tarikh Input: 27/10/2021 | Kemaskini: 27/10/2021 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEYRA5~