INTEGRITI : PERINGATAN MEMATUHI ARAHAN KERAJAAN TERHADAP PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BERKAITAN COVID-19 | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » INTEGRITI : PERINGATAN MEMATUHI ARAHAN KERAJAAN TERHADAP PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BERKAITAN COVID-19

INTEGRITI : PERINGATAN MEMATUHI ARAHAN KERAJAAN TERHADAP PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BERKAITAN COVID-19

Disediakan oleh : Zainal Abidin bin Ahmad (PenolongAkauntan)

 

Serdang 20 April 2020 - Selaras dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri pada 25 Mac 2020 berhubung sambungan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18  Mac 2020 hingga 14 April 2020 pegawai dan/ pelajar, semua warga UPM adalah diminta dan diingatkan supaya sentiasa mematuhi :

  • Garis Panduan Kesinambungan Perkhidmatan bertarikh 17 Mac 2020.
  •  Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
  •  Peraturan-peraturan dan pekeliling berkuatkuasa bagi menangani penularan wabak COVID-19 oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

Warga UPM adalah diminta untuk tidak berada di luar dari tempat yang dibenarkan untuk bertugas sementara pelajar tidak dibenarkan berada di luar kawasan kolej kediaman sepanjang tempoh PKP ini berkuatkuasa. Mana-mana pegawai/ pelajar yang  perlu berada di kampus WAJIB bagi mendapatkan kelulusan dan kebenaran daripada Ketua Jabatan/ Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ)/ Pengetua Kolej.

Adalah menjadi suatu kesalahan sekiranya  pegawai/ pelajar melakukan perkara seperti berikut :

  • Tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Kerajaan.
  • Berada di kawasan kampus UPM dan berkeliaran tanpa kelulusan dan kebenaran daripada Ketua Jabatan/ Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ)/ Pengetua Kolej.

Mana-mana pegawai/ pelajar didapati melakukan kesalahan seperti di atas boleh diambil tindakan :

  • Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605)
  • Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2005 (P.U.(A) 499)/ 2005

Universiti tidak akan teragak–agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk tindakan tatatertib terhadap pegawai/ pelajar terbabit yang didapati melanggar kesalahan yang dinyatakan.

Universiti juga boleh mengambil tindakan tatatertib terhadap warga UPM yang didakwa dan telah didapati bersalah di mahkamah kerana melanggar perintah kerajaan semasa dalam tempoh tahanan pergerakan ini.

Tarikh Input: 27/04/2020 | Kemaskini: 24/06/2020 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXDdPA7~