FINANCIAL DIAGNOSTIK | INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
» AUDITI ACCESS » FINANCIAL DIAGNOSTIK

FINANCIAL DIAGNOSTIK

 

Diagnostik Pengurusan Kewangan dibuat bagi menilai tahap pengurusan kewangan peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang juga akan digunakan untuk Anugerah Kualiti dan Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran 2023/24.

Penilaian ini merangkumi 7 elemen pengurusan kewangan berasaskan penilaian Indeks Akauntabiliti dan dibuat dalam 2 peringkat.

Penilaian kendiri diagnostik pengurusan kewangan PTJ tahun 2022/2023 (Peringkat Pertama) telah selesai dilaksanakan antara 1 April hingga 30 Jun 2023. Bahagian Audit Dalam telah membuat semakan ke atas input penilaian kendiri serta dokumen yang dimuatnaik oleh PTJ.
 
Penilaian kendiri diagnostik pengurusan kewangan PTJ tahun 2023/2024 (Peringkat Kedua) akan dibuka mulai 16 April 2024 hingga 16 Julai 2024. 
 

Taklimat Penilaian Kendiri Diagnostik Pengurusan Kewangan PTJ akan dilaksanakan bagi membantu PTJ membuat penilaian menggunakan aplikasi diagnostik. Maklumat taklimat adalah seperti berikut :

 

Sesi

Tarikh

Masa

Sesi 1

29 April 2024

9.30 pagi – 11.00 pagi

Sesi 2

30 April 2024

9.30 pagi – 11.00 pagi

 

Pihak PTJ adalah dijemput untuk menghadiri taklimat tersebut dengan menghantar sekurang-kurangnya 2 orang wakil dan dipohon untuk membuat penilaian kendiri pengurusan kewangan PTJ secara atas talian. Pendaftaran taklimat boleh dibuat melalui Google Form.

 

Harap maklum dan terima kasih.

 

 

 

Updated:: 16/04/2024

MEDIA SHARING

SXEUBAI~