KATA ALUAN KETUA BAHAGIAN AUDIT DALAM | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» MENGENAI KAMI » KATA ALUAN KETUA BAHAGIAN AUDIT DALAM

KATA ALUAN KETUA BAHAGIAN AUDIT DALAM

Selamat datang ke laman web Bahagian Audit Dalam UPM. Laman ini adalah bertujuan untuk memberikan maklumat mengenai bahagian kami dan juga maklumat berguna berkaitan dengan fungsi pengauditan dan kawalan dalaman.

Bahagian Audit Dalam UPM adalah berfungsi secara bebas dengan bertanggungjawab secara pentadbiran kepada Naib Canselor dan pelaporan kepada Jawatankuasa Audit UPM (Jawatankuasa di bawah Lembaga Pengarah Universiti). Audit Dalam membuat analisa, penilaian, mengemukakan cadangan, membuat perundingan dan memberikan maklumat kepada pengurusan sama ada di peringkat Pengurusan Universiti ataupun diperingkat Pusat Tanggungjawab bagi membantu mereka menjalankan tanggungjawab secara efektif dan berkesan dan mematuhi peraturan dan tadbirurus yang baik.

Bahagian Audit Dalam adalah merupakan ahli korporat Institut Juruaudit Dalaman (Malaysia) dan sedang ke arah melaksanakan pengauditan mengikut International Standards for the Professional Practice of Internal Auditing.

Selain daripada membuat pengauditan dan penilaian kawalan, kami juga bersedia untuk membantu memberikan penjelasan atau nasihat mengenai peraturan atau prosedur tertentu terutama yang berkaitan dengan kawalan dan tadbir urus.

Kami berharap laman ini dapat membantu menjawab persoalan anda mengenai fungsi dan Bahagian Audit Dalam.  Sila hubungi kami sekiranya anda mempunyai soalan, cadangan atau komen.

Terima kasih.


Zainora Abdul Talib

Ketua
Bahagian Audit Dalam
UPM

Kemaskini:: 25/09/2023 [faiz_suparman]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDdQAg~