Tahniah! Semua Pusat Tanggungjawab Universiti Telah Melaksanakan Penilaian Kendiri Diagnostik Pengurusan Kewangan Tahun 2020. | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Tahniah! Semua Pusat Tanggungjawab Universiti Telah Melaksanakan Penilaian Kendiri Diagnostik Pengurusan Kewangan Tahun 2020.

Tahniah! Semua Pusat Tanggungjawab Universiti Telah Melaksanakan Penilaian Kendiri Diagnostik Pengurusan Kewangan Tahun 2020.

SERDANG 23 Mac 2021, UPM - Semua Pusat Tanggungjawab Universiti telah selesai melaksanakan penilian kendiri diagnostik pengurusan kewangan tahun 2020 secara atas talian. Penilaian kendiri telah mula dilaksanakan oleh semua PTJ antara Oktober hingga Disember 2020. Diagnostik pengurusan kewangan adalah sistem penilaian kendiri pengurusan kewangan yang dibangunkan oleh Bahagian Audit Dalam berdasarkan penilaian indeks akauntabiliti pengurusan kewangan oleh Jabatan Audit Negara. Secara keseluruhannya hasil penilaian kendiri diagnostik pengurusan kewangan Universiti adalah pada tahap cemerlang.

 

Sistem penilaian kendiri ini terbahagi kepada dua iaitu diagnostik pengurusan kewangan Universiti dan diagnostik pengurusan kewangan PTJ. Diagnostik pengurusan kewangan Universiti merupakan penilaian kendiri bagi menilai tahap pematuhan pengurusan kewangan Universiti manakala diagnostik pengurusan kewangan PTJ digunakan bagi menilai tahap pematuhan pengurusan kewangan di PTJ.

 

Sistem ini juga dibangunkan bagi memberi pendedahan kepada pegawai Universiti eleman utama pengurusan kewangan yang perlu dipatuhi yang memberi impak kepada peningkatan tahap kecekapan pegawai dalam pengurusan kewangan.

 

Diagnostik pengurusan kewangan Universiti mempunyai 9 elemen utama manakala dianostik pengurusan kewangan PTJ mempunyai 8 elemen utama yang dinilai. Hasil penilaian akan diberi skor pencapaian dan hasil pencapaian akan dinilai berdasarkan pemberat yang telah ditetapkan bagi setiap elemen.

 

Hasil penilaian diberikan 5 skala tahap pematuhan berdasarkan skor pencapaian. Skor pencapaian diantara 90% hingga 100% diberi tahap cemerlang, skor 80% hingga 89.9% diberi tahap baik, skor 70% hingga 79.9% diberi tahap memuaskan, skor 60% hingga 69.9% diberi tahap kurang memuaskan manakala skor pencapaian kurang daripada 60% diberi tahap tidak memuaskan.

 

Hasil keputusan penilaian kendiri diagnostik pengurusan kewangan tahun 2020 boleh disemak secara atas talian melalui link https://sites.google.com/upm.edu.my/diagnostikpengurusankewangan/home. Link ini hanya boleh diakses oleh Pegawai Universiti sahaja.

 

Berita disediakan oleh : En. Sharul Azman Ramli (Pegawai Kewangan(Juruaudit)

Tarikh Input: 23/03/2021 | Kemaskini: 25/03/2021 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEUAAw~