SPOTCHECK BAHAGIAN AUDIT DALAM | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » SPOTCHECK BAHAGIAN AUDIT DALAM

SPOTCHECK BAHAGIAN AUDIT DALAM

Serdang, 16 Jun 2020 – Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah mengadakan sesi spotcheck di PTJ Audit Dalam pada 16 Jun 2020 bagi menilai pematuhan kepada Garis panduan Pencegahan COVID-19 UPM. Seranai 2 orang pekerja dari Pejabat OSH UPM iaitu En. Hasmi bin Sulaiman dan En. Abd Mutalib bin Yahya telah hadir membuat semakan di Pejabat Audit Dalam.

Semakan ini dibuat bertujuan memastikan setiap PTJ mematuhi Garis Panduan Pencegahan COVID-19 UPM yang telah ditetapkan.  Elemen-elemen pemantuan pencegahan COVID-19 yang disemak adalah:-

 

  1. Pemantauan Penilaian Risiko Jangkitan COVID-19 bagi hadir secara fizikal
  2. Kesediaan Kaunter Saringan Suhu Badan
  3. Kemudahan alat pengukur suhu badan
  4. Rekod pengukuran suhu badan
  5. Jadual bertugas di kaunter saringan suhu badan
  6. Kemudahan hand sanitizer di tempat umum
  7. Pemasangan QR CODE UPM COVID-19 Tracking di lokasi yang bersesuaian
  8. Tindakan kawalan Pembekal/Kontraktor/Pelawat
  9. Pemasangan Poster Pencegahan COVID-19 di lokasi yang bersesuaian.
  10. Latihan bersesuaian kepada staf yang dilaksanakan berkaitan COVID-19
  11. Kepatuhan amalan di kalangan staf yang hadir : 3W (wash, wear and warn) & 3C (crowded places, confined space and close conversation)
  1. Staf mengetahui tindakan kecemasan sekiranya mempunyai kontak yang disyaki COVID-19

 

“Ya Allah Ya Rahman Ya Syaafi

Engkau berilah kesembuhan kepada saudara-saudara kami yang dijangkiti wabak Coronavirus walau di mana sahaja mereka berada

Sesungguhnya tiada penyakit yang tidak dapat Engkau sembuhkan Ya Allah

Tiada mara bahaya yang tidak dapat Engkau jauhinya dari kami Ya Allah

Kami bermohon kepada-Mu Ya Allah

Lindungilah kami

Selamatkanlah kami

Sejahterakanlah hidup kami”

Tarikh Input: 07/05/2020 | Kemaskini: 24/06/2020 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEYAAx~