SEMARAK SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DALAM NORMA BAHARU | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » SEMARAK SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DALAM NORMA BAHARU

SEMARAK SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DALAM NORMA BAHARU

SERDANG 4 SEPTEMBER 2020 , Malaysia telah menyambut bulan kebangsaan bermula Ogos hingga 16 September dan sambutan daripada tahun-tahun sebelumnya adalah berbeza berbanding tahun ini. Norma baharu yang sedang diamalkan adalah perlu dipatuhi

 

Namun begitu, situasi yang memaksa mengadaptasi kebiasaan baharu ini tidak memudarkan semangat kemerdekaan dikalangan pekerja Bahagian Audit Dalam UPM.  

 

Bagi membangkitkan momentum sambutan Hari Kebangsaan, Bahagian Audit Dalam telah mengadakan sambutan hari Kebangsaan diperingkat jabatan dengan mengadakan Kembara Merdeka di Ladang 16, Taman Pertanian Universiti.

 

Sambutan Hari Kebangsaan ini disertakan dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan soal jawab sepanjang pengembaraan mengenai penjiwaan sebagai  rakyat Malaysia disamping menghayati keindahan suasana hijau di Universiti Putra Malaysia.

 

Bahagian Audit Dalam menzahirkan ucapan terima kasih kepada Taman Pertanian Universiti atas kerjasama yang diberikan dalam pengembaraan ini.

Tarikh Input: 15/10/2020 | Kemaskini: 15/10/2020 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXETQAZ~