SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA BANGUNAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKANDAN INOVASI) UPM. | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA BANGUNAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKANDAN INOVASI) UPM.

SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA BANGUNAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKANDAN INOVASI) UPM.

27 Jun 2018 (Rabu) – Majlis Hari Raya Aidilfitri Pejabat Timbalan Naib Canselor dan Inovasi (TNCPI) telah diadakan  pada 13 Syawal 1439H bertempat di Ruang Legar Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM.


Majlis yang dikelolakan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM ini disertai oleh bahagian di Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor dan Penyelidikan (TNCPI) iaitu Pejabat Timbalan Naib Canselor dan Penyelidikan(TNCPI), Pusat Jaminan Kualit (CQA), Bahagian Audit Dalam, Pusat Alumni dan Persatuan Alumni.

Majlis Sambutan Hari Raya ini turut dihadiri oleh Naib Canselor UPM iaitu Prof.Datin Paduka Dr.Aini Ideris.Setiap bahagian membuka gerai-gerai juadah dan dibahagikan mengikut menu hidangan yang ditetapkan. Antara menu hidangan yang terdapat pada jamuan hari raya ini adalah bihun sup, lemang, roti john,nasi minyak, rendang,cendol,lontong,satay, kambing bakar,roti john aiskrim dan minuman.

 

 

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini diserikan lagi dengan beberapa aktiviti menarik antaranya ialah pertandingan gerai kreatif,persembahan terbaik, cabutan bertuah, secocok seirama dan anugerah King dan Queen. Antara pemenang untuk majlis hari raya tersebut adalah bagi anugerah Gerai Kreatif dimenangi oleh Pejabat TNCPI selaku johan, Persembahan Terbaik dimenangi oleh Pusat Alumni yang membuat persembahan nyanyian solo manakala bagi anugerah King dan Queen, kategori King dimenangi oleh Mohd Nazrizan Abdul Aziz dari Pejabat TNCPI manakala kategori Queen pula dimenangi oleh Cik Nor Anidah Rosli dari Bahagian Audit Dalam.

 

 

Diharapkan agar Majlis yang julung kali diadakan ini akan diadakan lagi pada masa akan datang dan menjadi platform untuk warga bagunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi),bertemu mesra serta mengeratkan silaturahim dan bermaaf-maafan sempena Aidilfitri.

 

Berita disediakan oleh : Cik Nur Asyikin Yusoff (Pen. Akauntan)

Tarikh Input: 07/08/2018 | Kemaskini: 28/09/2018 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXDdHAv~