PROGRAM LAWATAN KERJA BAHAGIAN AUDIT DALAM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KE UNIVERSITI SAINS MALAYSIA DAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » PROGRAM LAWATAN KERJA BAHAGIAN AUDIT DALAM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KE UNIVERSITI SAINS MALAYSIA DAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PROGRAM LAWATAN KERJA BAHAGIAN AUDIT DALAM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KE UNIVERSITI SAINS MALAYSIA DAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Serdang, 23 April 2018 – Satu program lawatan kerja telah diadakan oleh Bahagian Audit Dalam Universiti Putra Malaysia selama tiga hari bermula pada 10 hingga 12 April 2018 bertempat di Unit Audit Dalam Universiti Sains Malaysia dan Universiti Utara Malaysia. Program lawatan kerja ini merupakan salah satu program untuk meningkatkan taraf profesionalisme Juruaudit di samping bertukar pendapat bagi menambahbaik pelaksanaan kerja pengauditan.

Tujuan lawatan diadakan adalah untuk membuat penandaarasan (benchmarking) terhadap beberapa perkara berkaitan dengan pelaksanaan auditan di Unit Audit Dalam Universiti Sains Malaysia dan Universiti Utara Malaysia bagi perancangan program pengauditan berasaskan risiko. Selain itu, kedua-dua pihak juga dapat bertukar-tukar pendapat dan pengalaman berkaitan tugasan pengauditan di jabatan masing-masing. Lawatan ini juga dapat meningkatkan hubungan kerjasama yang positif antara Bahagian Audit Dalam Universiti Putra Malaysia dan Unit Audit Dalam Universiti Sains Malaysia dan Universiti Utara Malaysia.

 

 

Lawatan ini diketuai oleh Ketua Bahagian Audit Dalam Universiti Putra Malaysia, Puan Zainora binti Abdul Talib dan disertai oleh dua belas orang kakitangan Bahagian Audit Dalam Universiti Putra Malaysia yang lain. Lawatan yang bermula pada 10 April 2018 diadakan di Unit Audit Dalam Universiti Sains Malaysia. Lawatan hari kedua (11 April 2018) diadakan di Muzium dan Pusat Penyelidikan Arkeologi Antarabangsa Universiti Sains Malaysia. Lawatan diteruskan pada hari ketiga iaitu 12 April 2018 dengan melawat Unit Audit Dalam Universiti Utara Malaysia serta sekitar kampus Universiti Utara Malaysia.

Secara keseluruhannya, dengan terlaksananya lawatan kerja ini, diharapkan pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh para peserta akan dapat mewujudkan sikap yang positif di dalam diri dan menambahbaik kualiti kerja.

 

Laporan disediakan oleh : Cik Nurrul Syakira Binti Bakhtiar (Pegawai Kewangan)

Tarikh Input: 18/05/2018 | Kemaskini: 28/09/2018 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXDdTA6~