PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ‘TABURKAN JASA, SEMAIKAN BUDI’ (GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN MASJID AL-MUTMAINNAH BANTING) | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ‘TABURKAN JASA, SEMAIKAN BUDI’ (GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN MASJID AL-MUTMAINNAH BANTING)

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ‘TABURKAN JASA, SEMAIKAN BUDI’ (GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN MASJID AL-MUTMAINNAH BANTING)

Serdang, 15 Ogos 2018 : Bagi menyuburkan semangat sukarelawan di kalangan warga Bahagian Audit Dalam,  kesemua 16 orang staf Bahagian Audit Dalam  telah menyertai program Khidmat Masyarakat ‘Taburkan Jasa, Semaikan Budi’ di Masjid Al-Mutmainnah, Banting.

 

Program ini melibatkan aktiviti gotong royong membersihkan masjid serta memupuk amalan persekitaran 5S di dalam kawasan masjid. Program ini telah mendapat jalinan kerjasama erat antara jawatankuasa masjid dan komuniti setempat. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ahli jawatankuasa masjid dan komuniti setempat kerana turut serta menyumbang peralatan pembersihan dan penyediaan makan tengahari untuk semua sukarelawan.

   

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan sebagai aktiviti tahunan Bahagian Audit Dalam.

 

Berita disediakan oleh : YM Tengku Zahiera Tg Zainol Rashid (Peg. Kewangan/Juruaudit)

Tarikh Input: 24/09/2018 | Kemaskini: 22/01/2019 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEXOAz~