PROGRAM GERAK HIJAU 2019 | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » PROGRAM GERAK HIJAU 2019

PROGRAM GERAK HIJAU 2019

SERDANG, 9 Ogos 2019. Bahagian Audit Dalam UPM telah melaksanakan Program ‘Gerak Hijau’ yang merupakan program tahunan disamping bertujuan menyemarakan lagi sambutan kemerdekaan negara yang ke 62.

 

 

Selaras dengan tema kemerdekaan ‘Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih.’maka program gerak hijau ini telah mengaplikasikan  aktiviti berbentuk kerjasama berpasukan dalam melaksanakan tugas-tugas pembersihan dan mengindahkan ruang kerja Audit Dalam serta persekitarannya agar menjadi lebih kondusif dan selamat.

 

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti membersihkan penapis udara penghawa dingin, mengecat, menghias , memotong rumput dan menanam pokok.

Tambahan, program ini juga dilihat berupaya menyediakan suatu medium kepada para peserta untuk berinteraksi secara santai antara satu sama lain lantas, mengeratkan lagi tali persahabatan yang sedia ada.

Kesimpulannya, program Gerak Hijau ini berjaya mencapai objektifnya dan rata-rata mereka yang terlibat menyatakan program ini berupaya memberi mereka manfaat dan wajar diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan.

 

   

Tarikh Input: 06/09/2019 | Kemaskini: 06/09/2019 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 1346
03-9769 6176
WVMBLA6:11:55