PROFESIONALISMA JURUAUDIT | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » PROFESIONALISMA JURUAUDIT

PROFESIONALISMA JURUAUDIT

Serdang 26 MAC 2019 (Selasa)- Seramai 13 delegasi Bahagian Audit Dalam Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mengadakan lawatan kerja ke Bahagian Audit Dalam Universiti Putra Malaysia. Lawatan kerja ini merupakan lawatan bagi meningkatkan taraf profesionalisme Juruaudit di samping bertukar pendapat bagi menambahbaik pelaksanaan kerja pengauditan.

Lawatan ini di ketuai oleh Ketua Bahagian Audit Dalam UPSI, Puan Noorulazian Mohd Razalli sebagai persediaan dan mempelajari pengalaman UPM berkaitan Quality Asurance Review selama satu hari.

Quality Assurance Review merupakan keperluan Standards for Professional Practice of Internal Auditing (Standards) yang dikeluarkan oleh Institute of Internal Auditor (IIA) yang berkaitan amalan audit dalaman. Bahagian Audit Dalam UPM telah selesai menjalani penilaian yang dibuat oleh pihak Institute of Internal Auditors  Malaysia (IIAM) pada bulan Jun 2017 dan pihak IIAM telah mengesahkan Bahagian Audit Dalam UPM mematuhi standards yang ditetapkan.

Semasa kunjungan tersebut En Sharul Azman Ramli telah berkongsi pengalaman persediaan yang perlu dilaksanakan sebelum penilaian luar dilaksanakan bagi mengesahkan aktiviti audit adalah mematuhi standard yang telah ditetapkan.

Bahagian Audit Dalam UPM mengucapkan jutaan terima kasih kepada Bahagian Audit Dalam UPSI kerana memilih UPM sebagai rujukan untuk penambahbaikan pengurusan pengauditan disamping bertukar-tukar pendapat dan pengalaman.

 

Berita Disediakan Oleh:

Mohd Faiz Bin Suparman

Pegawai Kewangan

 

Tarikh Input: 09/04/2019 | Kemaskini: 23/08/2019 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 1346
03-9769 6176
WVMBKAq:10:55