PERANAN AUDIT DALAM DAN JAWATANKUASA AUDIT | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » PERANAN AUDIT DALAM DAN JAWATANKUASA AUDIT

PERANAN AUDIT DALAM DAN JAWATANKUASA AUDIT

Oleh : Jawatankuasa Website Audit Dalam

 

Serdang 18 Mac 2022 : Tanggungjawab Bahagian Audit Dalam adalah menjalankan audit pengurusan kewangan yang merangkumi pemeriksaan terhadap sistem kewangan, kawalan dalaman, dan rekod kewangan untuk menentukan sama ada perbelanjaan, hasil, aset dan stor telah diurus mengikut undang-undang, peraturan dan arahan yang berkaitan.

Bahagian Audit Dalam juga menjalankan audit prestasi yang merangkumi penilaian terhadap aktiviti sesebuah organisasi untuk menentukan matlamatnya telah dicapai dan sumber digunakan secara berhemat, cekap dan berkesan.

 

Melalui Jawatankuasa Audit, setiap pelaporan yang dibuat oleh Bahagian Audit Dalam akan dibentangkan di mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti. Jawatankuasa juga berperanan mengkaji laporan daripada Unit Audit Dalam dan Jabatan Audit Negara untuk memastikan semua isu yang dilaporkan diselesaikan dengan memuaskan dan memperakukan tindakan susulan.

 

Pada 18 Mac 2022 satu perjumpaan antara Jawatankuasa Audit(JKA) dan Pegawai Kewangan, Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia telah diadakan bagi membincangkan tindakan dan isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Bahagian Audit Dalam.

 

Perbincangan ini mengambil masa selama 2 jam bermula pada 03:00 petang  dan  telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Dr Hasan Bin Mad selaku Pengerusi JKA dan turut dihadiri oleh YM Dato’ Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail. Perbincangan ini juga dihadiri secara maya oleh Ketua Audit Dalam, Puan Zainora Abdul Talib dan juga Bahagian Kewangan dari UPM Kampus Bintulu.

Perjumpaan ini juga membuka ruang soal jawab dan harapan Pengerusi JKA bagi memastikan tindakan preventive dan corrective diambil supaya kelemahan-kelemahan berkaitan dapat diperbetulkan dan tidak berulang.

Tarikh Input: 23/03/2022 | Kemaskini: 30/08/2022 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEaHAA~