Pengoperasian Bahagian Audit Dalam, Universiti Putra Malaysia Di Bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 Dari 1 Hingga 14 Jun 2021. | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Pengoperasian Bahagian Audit Dalam, Universiti Putra Malaysia Di Bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 dari 1 hingga 14 Jun 2021.

Pengoperasian Bahagian Audit Dalam, Universiti Putra Malaysia Di Bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 dari 1 hingga 14 Jun 2021.

Serdang: 01 Jun 2021. Berdasarkan pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 28 Mei 2021 telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021. Sepanjang tempoh ini, SEMUA sektor TIDAK DIBENARKAN untuk beroperasi KECUALI sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Selaras dengan pelaksanaan tersebut pihak Pengurusan Universiti telah memutuskan untuk mengekalkan penutupan semua premis UPM dan melaksanakan kaedah Bekerja Dari Rumah (BDR) kecuali PTJ yang Pusat Tanggungjawab yang menyediakan perkhidmatan kritikal seperti Hospital Pengajar UPM, Pusat Kesihatan Universiti, Bahagian Keselamatan, Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (IDEC).  

Berdasarkan arahan tersebut, Bahagian Audit Dalam juga turut tidak terkecuali dalam melaksanakan kaedah Bekerja Dari Rumah(BDR). Bagi memastikan perkhidmatan pekerja Bahagian Audit Dalam kekal berfungsi dalam melaksanakan tugasan audit, dan pada masa yang sama memastikan keselamatan dan kebajikan pekerja, pengunaan Aplikasi Zoom atau Google Meet telah digunakan sebagai medium pengantaraan untuk perbincangan dan mesyuarat seperti yang telah dilaksanakan ketika PKP 1.0 pada bulan Mac 2020.

Semoga dengan pematuhan kepada arahan tesebut dapat melandaikan keluk jangkitan COVID-19 di Malaysia.

 

Berita disediakan oleh : Pn. Nor Anidah Rosli

Tarikh Input: 17/06/2021 | Kemaskini: 17/06/2021 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEUSA2~