PENGLIBATAN AUDIT DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA ORGANISASI | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » PENGLIBATAN AUDIT DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA ORGANISASI

PENGLIBATAN AUDIT DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA ORGANISASI

SERDANG, 1 Julai 2022 - Audit Dalam adalah suatu aktiviti bebas yang berobjektifkan pemberi jaminan dan juga perundingan untuk menambah nilai dan menambahbaik operasi organisasi. Ianya juga membantu organisasi mencapai objektif dengan menggunakan pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menambahbaik keberkesanan proses tadbir urus, kawalan dan pengurusan risiko.

 

Bahagian Audit Dalam UPM telah menerima kunjungan daripada Ketua Audit Dalam Universiti Sains Malaysia, Encik 'Ubaidillah Ozmin untuk mengetahui kaedah dan proses audit yang dijalankan oleh Bahagian Audit Dalam UPM dalam pengauditan sumber manusia.

 

Sesi penerangan ini telah dibentangkan oleh wakil Bahagian Audit Dalam yang terdiri daripada Encik Sharul Azman Ramli, Encik Mohd Azis Abdullah dan Encik Mohd Faiz Suparman yang juga merupakan ketua-ketua seksyen di Bahagian Audit Dalam UPM.

Perbincangan juga lebih tertumpu kepada kaedah dan kriteria semakan dalam pengauditan sumber manusia yang terdiri daripada perkhidmatan, pengurusan dan pembangunan sumber manusia.

 

Perkongsian ini berakhir pada  jam 06:30 petang.

 

Disediakan Oleh : Jawatankuasa Laman Sesawang Bahagian Audit Dalam

Tarikh Input: 04/07/2022 | Kemaskini: 30/08/2022 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEUNAx~