Pemikiran Secara Lean | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Pemikiran Secara Lean

Pemikiran Secara Lean


Serdang 26 Oktober 2016 : Bahagian Audit Dalam telah menjemput Puan Siti Rozana Supian, Timbalan Pendaftar Kanan, Pejabat Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat bagi menyampaikan taklimat mengenai kebaikan Pengurusan LEAN kepada staf Bahagian Audit Dalam. Pengurusan LEAN adalah penting dalam memudahkan kerja dalam sesebuah organisasi secara keseluruhannya.

Mengikut Malaysian Productivity Corporation (MPC), berfikir tentang LEAN atau berfikir secara LEAN, dua penyataan yang membawa pengertian  yang besar dalam prinsip mengutamakan pelanggan.


Kaedah Pengurusan LEAN yang diadaptasi dalam proses pengeluaran produk dan perkhidmatan mampu memaksimumkan penggunaan sumber - sumber dan mengurangkan pembaziran.

 

Lean adalah mudah. Jika kita memahaminya, ianya akan membantu menambahbah baik bukan sahaja proses kerja individu tetapi rantaian satu proses dengan proses yang lain .

Fokus dilihat dari aspek kerja yang dilakukan, prosedur yang terlibat serta cara kerja seharian yang apabila dipetakan memperlihatkan ‘supply chain’atau rantaian bagi sesuatu proses.

Selepas itu, organisasi Lean akan mengenalpasti pembaziran dan aktiviti yang tidak mempunyai NilaiTambah iaitu fungsi dan aktiviti yang tidak membantu kelancaran proses kerja. Ruang pembaziran yang berlaku akan dikategorikan sebagai Tujuh7 jenis pembaziran.

 

Konsep ini sering dipanggil penambahbaikkan atau Kaizen di dalam sesuatu kerja.Konteks namanyamempunyai intipati yang pelbagai dan akan membimbing ke tahap yang lebih baik. Ianya boleh bermula daripada sekecil-kecil kaizen sehinggalah inovasi untuk kaedah yang lebih berjaya.

 

Pembaziran sering dikaitkan dengan aktiviti yang dilakukan secara berlebihan.Namun tidakkah itu sesuatu yang baik apabila membuat sesuatu yang lebih?Kita bukan sahaja perlu mengenalpast ipembaziran tetapi tahu bagaimana hendak melihat pembaziran yang berlaku.

 

Lean boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja seperti di pejabat, rumah, kilang, di mana adanya, pembaziran seperti adanya pergerakkan yang tidak perlu, terlebih memproses bahan dan produk, kecacatan yang apabila produk rosak mahupun komplen yang diterima, proses dan penyampaian yang berulang kali, sistem pengangkutan dan inventori kurang cekap dan masa menunggu yang lama.

 

Jika berfikir secara Lean, kita perlu membuat kerja berdasarkan apa yang diperlukan pelanggan sahaja iaitu mengamalkan konsep secara “Pull”  Lihat pembaziran dalam konteks yang lebih mendalam dan “Gemba Waste”,barulah penambahbaikkan boleh dibuat.

 

Implementasi Lean berlaku dengan melihat keperluan Pelanggan. Elemen ini berkaitan dengan pemikiran Lean (Lean Thinking) yang boleh diadaptasikan dengan mana - mana industri.Lean bukan sahaja hebat di sektor pembuatan, ianya banyak di amalkan di industri makanan, hospital dan tidak kurang di sekolah.

 

Aspek yang terakhir apabila bercakap mengenai berfikir secara Lean adalah menjadikan apa yang dilakukan sempurna dan dihargai. Setiap pekerja yang melakukan aktiviti Lean perlu diberi kepercayaan dan yakin mereka boleh melakukan kerana Lean adalah aktiviti penambahbaikkan yang akan berterusan di dalam organisasi.





Rencana Oleh : Malaysia Productivity Corporation (MPC)

Carian Oleh : Unit Pengauditan Prestasi Bahagian Audit Dalam

Tarikh Input: | Kemaskini: | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXETOAk~