PEMERKASAAN PERANAN WAKIL KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI AWAM | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » PEMERKASAAN PERANAN WAKIL KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI AWAM

PEMERKASAAN PERANAN WAKIL KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI AWAM

Oleh : Mohd Faiz Suparman

 

PUTRAJAYA 19 Julai 2020 , Tadbir Urus sesebuah entiti yang baik adalah dengan mengamalkan sikap integriti yang paling tinggi dan melaksanakan tanggungjawab secara telus, berakauntabiliti dan berhemat.

 

Bagi memastikan pemerkasaan peranan wakil Kementerian Pengajian Tinggi sebagai Ahli Lembaga Pengarah universiti awam, Jabatan Pendidikan Tinggi telah menjemput Puan Hajah Zainora Abdul Talib selaku Ketua Audit Dalam Universiti Putra Malaysia bagi menyampaikan taklimat berkaitan Teguran Audit Melibatkan Universiti Awam.

Zainora dalam ucapannya menerangkan teguran yang melibatkan beberapa aspek yang merangkumi pengauditan keatas pengurusan penjanaan pendapatan, pengurusan perolehan dan pembayaran, pengurusan program usahama universiti awam dan urus tadbir anak syarikat.

 

Beliau juga memaklumkan antara inisiatif yang dilakukan oleh Bahagian Audit Dalam bagi memastikan isu-isu yang dibangkitkan diambil tindakan adalah dengan membuat mesyuarat secara sukuan yang dipengerusikan oleh Naib Canselor melalui Audit Dashboard Bersama auditi yang terlibat, audit susulan keatas tindakan pembetulan yang telah dibuat bagi memastikan isu-isu tidak berulang dan audit berterusan secara Continuous Monitoring Audit menggunakan Analytics Tool.

 

Pengakhiran taklimat, beliau juga menekankan agar tindakan keatas teguran audit dipandang serius dan pihak pengurusan juga bertanggungjawab memastikan auditi mengambil tindakan pembetulan dan mengenakan tindakan punitif sekiranya isu-isu yang berkaitan menjejaskan imej universiti dan pembaziran wang awam.

Tarikh Input: 22/07/2020 | Kemaskini: 25/11/2020 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 1346
03-9769 6176
WVMBKAO:10:30