Pelaksanaan Mesyuarat Secara Atas Talian | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Pelaksanaan Mesyuarat Secara Atas Talian

Pelaksanaan Mesyuarat Secara Atas Talian

Berita disediakan oleh : Pn. Nurul Ezani Abdul Malek (Pen. Akauntan)

 

Serdang, 27 Mac 2020- WABAK Covid-19 yang menular menyebabkan kita perlu terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ia menjadikan kegiatan ekonomi terhenti seketika.

Namun, kehadiran Covid-19 tidak bermaksud kita berkompromi dengan produktiviti tanpa melakukan apa-apa pekerjaan di rumah. Banyak sektor awam, pusat pengajian tinggi, sekolah dan syarikat telah melaksanakan kerja dari rumah terutama sewaktu kuarantin. Bekerja dari rumah secara produktif dan kreatif boleh menjadi era dan paradigma baharu masa kini.



Bahagian Audit Dalam turut mengambil inisiatif melaksanakan kerja dari rumah. Pada 27 Mac 2020, Bahagian Audit Dalam telah mengadakan Mesyuarat Bahagian dan Mesyuarat Juruaudit/ Penolong Juruaudit secara maya. Aplikasi Zoom telah digunakan sebagai medium pengantaraan mesyuarat tersebut.

 

 

Pengerusi majlis iaitu Puan Zainora mengucapkan ribuan terima kasih di atas komitmen ahli mesyuarat menjayakan mesyuarat secara maya ini. Mesyuarat dimulakan dengan Mesyuarat Bahagian Audit Dalam dan diikuti dengan Mesyuarat Juruadit / Penolong Juruaudit. Pengerusi juga mengingatkan semua ahli mesyuarat supaya mematuhi peraturan semasa PKP ini. Mesyuarat bermula pada pukul 3.00 petang dan tamat pada pukul  5.00 petang. Ini merupakan pengalaman pertama staf Bahagian Audit Dalam mengadakan mesyuarat seperti ini dan ianya menjadi pengalaman berharga bagi semua.

Tarikh Input: 27/04/2020 | Kemaskini: 27/04/2020 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXDdGAD~