Pekerja Cemerlang Lonjak Produktiviti Organisasi | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Pekerja Cemerlang Lonjak Produktiviti Organisasi

Pekerja Cemerlang Lonjak Produktiviti Organisasi

SERDANG 14 JULAI  - Anugerah Pekerja Cemerlang (Majlis Anugerah Gemilang Putra) di Universiti Putra Malaysia merupakan satu pengiktirafan dan menghargai pegawai dan kakitangan UPM yang telah mencapai tahap kecemerlangan.

Melalui pengiktirafan ini, persaingan sihat di kalangan warga kerja di UPM khususnya di Bahagian Audit Dalam menggalakkan lagi peningkatan prestasi kerja dan disiplin. Penekanan kepada budaya persaingan sesama rakan sekerja perlu wujud dalam sesebuah organisasi. Persaingan yang dimaksudkan ini bukan dalam bentuk yang tidak sihat yang selalu dikaitkan dengan terma negatif seperti politik pejabat, kaki kipas, kaki bodek, pengampu dan seumpamanya sehingga membinasakan hubungan sesama kakitangan.

Sebagai suntikan dan semangat kepada warga Bahagian Audit Dalam untuk terus komited dan berdaya saing merealisasikan penyampaian perkhidmatan, Puan Nurul Ezani Abdul Malek, Penolong Akauntan Bahagian Audit Dalam telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi pencapaian prestasi kerja tahun 2020.

 

Pada kali ini sambutan adalah unik dan berbeza dimana universiti perlu mematuhi Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 yang sedang berkuatkuasa. Pembayaran insentif anugerah  perkhidmatan cemerlang (APC) bagi tahun 2020 kali ini dibuat melalui akaun penerima pada gaji bulan Julai 2021.

 

Bagi menyemarakkan lagi momentum anugerah ini, Universiti telah membangunkan pautan Majlis Anugerah Gemilang Putra  yang mengandungi buku dan maklumat-maklumat penerima. Melalui inisiatif ini, warga universiti dapat melihat senarai penerima-penerima anugerah cemerlang dikalangan warga UPM.

 

Warga Bahagian Audit Dalam mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Puan Nurul Ezani Abdul Malek diatas pencapaian kecemerlagan prestasi tahun 2020 agar dapat meneruskan kecemerlangan dalam perkhidmatan bagi merealisasikan visi dan misi universiti.

 

Berita Oleh : JAWATANKUASA LAMAN WEB BAHAGIAN AUDIT DALAM

Tarikh Input: 19/07/2021 | Kemaskini: 19/07/2021 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEUSAL~