Serdang, 13 Mei Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Majlis Gemilang Putra bagi menghargai staf melalui pengiktirafan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Jasa Putra, Anugerah Setia Putra, dan Jasamu Dikenang pada 3 Mei 2019. Tema Majlis Gemilang Putra Tahun 2019 adalah “Pekerja Amanah Aspirasi Negara”.
Wakil Bahagian Audit Dalam yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi pencapaian prestasi kerja tahun 2018 adalah En. Mohd Azis Abdullah (Pegawai Kewangan (Audit)).
Semoga dengan pencapaian ini, dapat menjadi pemangkin dan membakar semangat kepada semua staf untuk mempertingkatkan lagi pencapaian dalam organisasi, amnya kepada Universiti Putra Malaysia. Tahniah! diucapkan kepada semua penerima anugerah.
Tarikh Input: 13/05/2019 | Kemaskini: 15/07/2019 | nurmiera
Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.