MENUAI HASIL TANAMAN MIKROHIJAU | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » MENUAI HASIL TANAMAN MIKROHIJAU

MENUAI HASIL TANAMAN MIKROHIJAU

Berita disediakan oleh : Pn. Nurfarah Hanani Abdul Hamed (Pegawai Kewangan)

 

UPM SERDANG, 29 JULAI 2022 – Tanaman kangkung melalui kaedah mikrohijau di demontrasi oleh En Sharul Azman melalui Projek Laman Hijau anjuran EKSA, Bahagian Audit Dalam telah mencapai tempoh matang untuk dituai. Hasil tanaman ini boleh dituai dalam tempoh sepuluh hingga empat belas daripada hari penanaman.

 

 

Warga Audit Dalam bersama-sama menyediakan sandwich menggunakan hasil tanaman mikrohijau untuk dijadikan sebagai salad dan diagihkan kepada staf yang hadir pada hari tersebut. Selain itu, hasil tuaian kangkung yang banyak dapat di bawa pulang ke rumah untuk dikongsi bersama keluarga.

Terdapat banyak kebaikan penanaman melalui kaedah mikrohijau. Antaranya, tanaman ini tidak memerlukan ruang yang banyak, hasil yang pantas-biasanya memerlukan beberapa hari dari penanaman hingga penuaian (maksimum 10 hari), mudah dijaga - ianya hanya memerlukan penyiraman dan mengadungi kandungan nutrien tinggi.

 

Tarikh Input: 16/08/2022 | Kemaskini: 30/08/2022 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXDdOAZ~