MEMUPUK DAN MEMPERKUKUH NILAI-NILAI BUDAYA INOVASI DAN KREATIVITI DI UPM | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » MEMUPUK DAN MEMPERKUKUH NILAI-NILAI BUDAYA INOVASI DAN KREATIVITI DI UPM

MEMUPUK DAN MEMPERKUKUH NILAI-NILAI BUDAYA INOVASI DAN KREATIVITI DI UPM

Berita disediakan oleh : Sharul Azman Ramli (Pegawai Kewangan, Bahagian Audit Dalam)

 

SERDANG 6 DISEMBER 2022 - Universiti Putra Malaysia telah mengadakan sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) Tahun 2022 pada 6 Disember 2022 bertempat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) dengan tema “Terokai Kebertasan, Terajui Penciptaan”. Antara objektif HKIP adalah bagi meningkatkan budaya inovasi dan kreativiti dalam pelaksanaan tugas dan memupuk nilai dan budaya inovasi di UPM.

 

Sambutan HKIP tahun 2022 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM. HKIP tahun 2022 menawarkan  14 hadiah pertandingan dan anugerah yang disertai oleh kakitangan dan Pusat Tanggungjawab di UPM.

 

Bahagian Audit Dalam UPM telah menyertai beberapa kategori pertandingan seperti Hadiah Mencipta Tema, Hadiah Idea Inovasi, Anugerah Sudut Bacaan Read@Uni, Anugerah Inovasi Perkhidmatan, Anugerah Pengurusan Laman Web, Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja dan Anugerah Pengurusan Keselamtan dan Kesihatan Pekerjaan.

 

Kumpulan ATS dari Bahagian Audit Dalam telah merangkul Hadiah Idea Inovasi terbaik dan membawa pulang wang tunai RM300. Kumpulan ATS diwakili oleh En Sharul Azman Ramli dan En. Mohd Faiz Suparman telah membentangkan idea Asset Tracking System (ATS).

 

Idea Asset Tracking System (ATS) adalah teknologi bagi menesan aset milik Universiti. Terdapat 2 komponen utama ATS iatu ATS Apps (menggunakan  Sistem android atau iOS) dan peranti penjejak (tracker) yang boleh mengesan aset melalui fungsi bluetooth. Teknologi ini akan memudahkan kerja-kerja pengesanan aset samada bagi tujuan verifikasi aset atau pemeriksaan kendiri Pusat Tanggungjawab (PTJ). Asset Tracking System (ATS) mempunyai beberapa fungsi seperti berikut:-

1)  Fungsi Smart Findings

Fungsi pencarian melalui suara seperti google assistant/SIRI Virtual assistant bagi mengenalpasti aset hanya menyebut aset ID atau keywords aset.

 

2) Fungsi GPS

     Aset yang dikesan oleh ATS akan dikemaskini termasuk koordinat lokasi aset. Melalui maklumat ini, ATS Apps berupaya memberikan tunjuk arah lokasi aset seperti fungsi google direction dan waze.

 

3)  Buzzer Tones dan LED

     Tracker mampu mengeluarkan bunyi dan lampu berkelip bagi memudahkan pengesanan dengan menekan butang pada ATS Apps.

 

4)  Tahap Keselamatan (Security) Tinggi

     ATS Apps mempunyai fungsi biometric log in (termasuk face recognition) bagi meningkatkan tahap keselamatan dan menjadikan data verifikasi lebih reliable.

 

Kumpulan ATS manyatakan idea Asset Tracking System (ATS) adalah idea yang praktikal, realistik dan berimpak tinggi. Pelaksanaan idea ini akan dapat meningkatkan tahap pengurusan aset, memudahkan pengesanan aset dan tugas dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.

Tarikh Input: 25/01/2023 | Kemaskini: 25/01/2023 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 1346
03-9769 6176
WWCDVAm:21:02