MEMUPUK BUDAYA BERCUCUK TANAM | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » MEMUPUK BUDAYA BERCUCUK TANAM

MEMUPUK BUDAYA BERCUCUK TANAM

Serdang, 27 Julai 2018 – Bahagian Audit Dalam telah mengambil inisiatif bagi merealisasikan tujuan UPM iaitu menjadi peneraju kelestarian hijau dalam kalangan institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Sehubungan dengan itu, Bahagian Audit Dalam telah melaksanakan budaya bercucuk tanam dengan berkonsepkan tanaman hidroponik dan teknik bercucuk tanam secara moden. Idea ini tercetus dari projek Kelestarian Hijau yang digalakkan oleh pihak UPM kepada semua PTJ di UPM. Ianya adalah merupakan salah satu  sub komponen Anugerah Penafaran Bintang Pengurusan Pentadbiran UPM.

Bahagian Audit Dalam memilih untuk menanam sayur Pak Choy dan ianya merupakan sejenis tanaman yang memiliki bentuk fisikal seperti sawi. Tanaman ini memiliki ciri pangkal daun yang tebal dan lembut.  Selain mendapat sayur yang segar, aktiviti berkebun juga dapat menghilangkan tekanan kerja.

Berikut merupakan cara penanaman Sawi Pak Choy yang berkonsepkan hidroponik:

1. Menyemai biji benih sayur dengan menggunakan span. Buat lubang pada span seperti di dalam gambar. Letakkan benih tersebut pada pertengahan span yang berada di dalam bekas yang telah berisi air.

2. Memindahkan benih sayur yang telah tumbuh kedalam bekas pasu plastik

3. Menyediakan tempat tanaman hidroponik

4. Menggunakan botol air terpakai sebagai kawalan air pada tumbuhan tersebut supaya air sentiasa dalam keadaan yang mencukupi.

 

5. Proses menjaga dan memelihara tumbuhan tersebut.

 

Berita disediakan oleh : En. Wan Muhd Isam Wan Ismail (Pen. Peg Tadbir)

Tarikh Input: 12/09/2018 | Kemaskini: 28/09/2018 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEZPA2~