Mempertingkatkan Tadbir Urus Audit Dalam Universiti Awam | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Mempertingkatkan Tadbir Urus Audit Dalam Universiti Awam

Mempertingkatkan Tadbir Urus Audit Dalam Universiti Awam

Oleh : Zainora Abdul Talib (Ketua Audit Dalam UPM)

 

Terengganu, 24 September 2019 – Jawatankuasa Ketua-Ketua Audit Dalam Universiti Awam (JKAD) yang dianggotai oleh Ketua Audit Dalam 20 buah Universiti Awam telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Ketua-Ketua Audit Dalam Universiti Awam Bil 2/2019. Mesyuarat ini telah diadakan di Bahagian Audit Dalam Universuti Malaysia Terengganu (UMT) bermula 24 sehingga 26 September 2019.

Agenda-agenda yang dibincangkan   adalah mengenai ke arah meningkatkan kualiti dan keberkesanan pengauditan di Universiti Awam agar selari dengan standard antarabangsa (International Professional Practices Framework) yang ditetapkan oleh Institut Internal Auditors.

Bagi memastikan setiap amalan terbaik pengauditan di setiap universiti awam dapati dipertingkatkan, Ketua Audit Dalam Universiti Putra Malaysia, Puan Zainora Abdul Talib selaku Ketua Biro Pemantapan Kualiti JKAD telah menyapaikan perkongsian mengenai Audit Opinion Rating yang diamalkan di UPM dan sedikit penerangan mengenai Self Assessment With Independent External Validation (SAIV).

Keanggotaan Jawatankuasa Ketua-Ketua Audit Dalam Universiti Awam ini diketuai oleh Ketua Audit Dalam Universiti Pendidikan Sultan Idris, Puan Noorulazian Mohd Razali telah dibawa melawat ke Kapal RV Discovery yang merupakan ikon utama UMT bagi sesi bergambar kenangan.

Penerangan mengenai operasi kapal ini telah disampaikan oleh Tuan Afandi bin Abd Ghani@Hasan yang merupakan Ketua Bahagian Pengurusan Kapal dan BOT (PPPL) yang bertanggungjawab menguruskan operasi, penyelenggaraan, pembelian dan penggunaan bot & kapal UMT.

Tarikh Input: 29/09/2019 | Kemaskini: 08/10/2019 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXETQAp~