MEMBUDAYAKAN INTEGRITI PENJAWAT AWAM | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » MEMBUDAYAKAN INTEGRITI PENJAWAT AWAM

MEMBUDAYAKAN INTEGRITI PENJAWAT AWAM

PUTRAJAYA, 11 Julai 2019 – Seramai 16 orang pegawai-pegawai dan kakitangan daripada Bahagian Audit Dalam telah berkunjung ke Ibu Pejabat SPRM.

 

Rombongan yang tiba di Ibu Pejabat SPRM pada jam 9.00 pagi telah disambut oleh pegawai-pegawai daripada Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas).

 

Lawatan ini bertujuan bagi menerangkan fungsi, peranan serta bidang tugas SPRM kepada peserta lawatan.

 

Mereka kemudian dibawa melawat ke Galeri SPRM sebelum di bawa ke Konti MACC.FM di Bahagian PenMas dan Padang Kawad di aras 7

 

Seterusnya, Pegawai daripada Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) telah berkongsi maklumat berkaitan berkaitan  taklimat bertajuk “Pengenalan dan Langkah Pencegahan Rasuah, Penyelewengan dan SalahGuna Kuasa Dalam Perkhidmatan Awam” kepada peserta rombongan.

 

Lawatan berakhir jam 1.00 petang dengan penyampaian cenderahati kepada wakil rombongan sebagai kenang-kenangan

 

 

Berita disediakan oleh : Pn Nor Anidah Rosli (Pen. Akauntan)

Tarikh Input: 07/08/2019 | Kemaskini: 23/08/2019 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXDdVAW~