MEMANTAPKAN OPERASI DAN PENGURUSAN AUDIT DALAM | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » MEMANTAPKAN OPERASI DAN PENGURUSAN AUDIT DALAM

MEMANTAPKAN OPERASI DAN PENGURUSAN AUDIT DALAM

Berita Oleh : Pn Zainora Abdul Talib , Ketua Audit Dalam UPM

SERDANG 8 DISEMBER 2023 - Audit dalam merupakan satu fungsi bebas, yang memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan mempertingkatkan tahap operasi organisasi.

Objektif Unit Audit Dalam adalah untuk membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.

Bahagian Audit Dalam UPM telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 08 Disember 2022. Lawatan ini juga turut disertai oleh Bahagian Kewangan, Hospital Pengajar UPM dan telah diketuai oleh Puan Zainora Abdul Talib, Ketua Audit Dalam UPM. Lawatan kerja yang melibatkan 20 deligasi UPM ini disambut oleh Puan Roziah Abdullah selaku Ketua Jabatan Audit Dalam PPUM.

Tujuan lawatan yang diadakan ini adalah untuk bertukar pandangan dan berkongsi mengenai proses pengauditan ke atas auditan-auditan yang sedang atau telah dilaksanakan di hospital masing-masing dan juga pengurusan risiko.

Deligasi UPM yang hadir telah dibawa untuk melawat Pusat Kawalan Command Centre yang merupakan pusat kawalan kamera litar tertutup(CCTV) yang memantau persekitaran perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan yang merangkumi keselamatan, kecekapan staf, masa menunggu, keselesaan pelanggan dan juga pengurusan trafik didalam hospital.

Deligasi juga telah diberi penerangan dan perkongsian oleh Jabatan Bendahari PPUM mengenai kawalan pengurusan dan perbelanjaan di Hospital dan juga penggunaan sistem Total Hospital Information System (THIS) dalam kutipan hasi di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Tarikh Input: 26/01/2023 | Kemaskini: 26/01/2023 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXESMAX~