MELESTARIKAN ALAM SEKITAR | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » MELESTARIKAN ALAM SEKITAR

MELESTARIKAN ALAM SEKITAR

Serdang, 25 Julai 2019 (Khamis) -  Perpustakaan Sultan Abdul Samad telah menganjurkan karnival 5S dimana pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan pakaian beragam kitar semula, kuiz kahoot, projek sumbangan pakaian, kempen pengumpulan minyak masak terpakai, ceramah kitar semula dan bengkel penjagaan pokok indoor telah diadakan.

   

 

Bahagian Audit Dalam telah mengambil inisiatif untuk mengumpulkan minyak masak dan pakaian terpakai untuk diserahkan kepada Perpustakaan Sultan Abdul Samad sebagai tanda sokongan untuk alam sekitar yang lebih sihat.

Hasil sumbangan dari staf, Bahagian Audit Dalam telah berjaya mengumpulkan 13.9 kg minyak masak dan 6 beg pakaian terpakai. Sesi penyerahan sumbangan tersebut telah dibuat di Perpustakaan Sultan Abdul Samad diketuai oleh Pn Marziati Md Din selaku penyelaras 5S beserta beberapa AJK 5S Bahagian Audit Dalam. Penyerahan sumbangan disambut baik oleh pihak Perpustakaan Sultan Abdul Samad di atas sokongan yang diberikan.

    

Pihak Audit Dalam juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perpustakaan Sultan Abdul Samad di atas penganjuran karnival 5S dimana ianya dapat memberikan idea baru berkenaan penerapan budaya 5S ditempat kerja. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi dan memberikan manfaat kepada semua.

Sesi penyerahan minyak & baju terpakai

 

Berita disediakan oleh : Pn. Nurul Ezani Abdul Malek (Pen Akauntan)

Tarikh Input: 06/08/2019 | Kemaskini: 07/08/2019 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEULAI~