MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR STAF BAHAGIAN AUDIT DALAM (suku Ke-4) | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR STAF BAHAGIAN AUDIT DALAM (suku ke-4)

MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR STAF BAHAGIAN AUDIT DALAM (suku ke-4)

Berita oleh : Pn. Nur Miera Kamarudin (Pegawai kewangan)

 

UPM SERDANG, 23 DISEMBER 2022 - Bahagian Audit Dalam telah mengadakan majlis sambutan kelahiran staf Bahagian Audit Dalam bagi suku tahun keempat (Q4) selepas selesai Mesyuarat Bulanan Bahagian Audit Dalam bilangan 12.

 

Majlis sambutan kelahiran staf merupakan aktiviti tahunan yang dilaksanakan sebanyak 4 kali dalam tempoh setahun iaitu dalam bulan Mac, Jun, September dan Disember. Persediaan dan aktiviti ini diuruskan oleh Exco Kerohanian dan Kebajikan Kelab Bahagian Audit Dalam UPM.

 

 

Tahniah dan Selamat Hari Lahir diucapkan kepada staf yang lahir dalam bulan Oktober, November dan Disember iaitu Pn. Zainora Abdul Talib, Pn. Nurul Ezani Abd Malek dan En. Wan Muhd Isam Wan Ismail. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. 

Tarikh Input: 27/01/2023 | Kemaskini: 02/02/2023 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXDdQAe~