LESTARIKAN PERSEKITARAN DIKALA PANDEMIK | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » LESTARIKAN PERSEKITARAN DIKALA PANDEMIK

LESTARIKAN PERSEKITARAN DIKALA PANDEMIK

SERDANG – 19 Mac 2021, Bahagian Audit Dalam telah menganjurkan Hari Kitar Semula yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kitar Semula dan Go Green, EKSA.

 

Program ini merupakan program kitar semula pertama bagi tahun 2021. Sasaran barangan kitar semula yang dikumpulkan pada kali ini adalah lebih kepada pakaian terpakai kerana untuk menyokong Program Pengumpulan Baju Terpakai yang dianjurkan oleh Pesatuan Pentadbir UPM. Selain daripada pakaian terpakai, barangan kitar semula yang dapat dikumpulkan adalah seperti kertas, plastik, tin aluminium dan juga minyak masak terpakai.

Disebabkan pandemik ini, telah menghentikan operasi dan memaksa semua untuk kekal di rumah. Walau bagaimanapun pekerja di Bahagian Audit Dalam sama-sama tetap meneruskan perkhidmatan dengan menghebahkan program ini di sekitar kawasan kejiranan penempatan supaya semua dapat menjayakan program kitar semula ini. Semua barangan yang telah berjaya dikumpul dibawa ke Pejabat untuk dibuat penjualan dan penyerahan pada hari ini.

 

Bahagian Audit Dalam berjaya mendapat RM50 hasil daripada jualan barangan kitar semula, manakala pakaian terpakai yang berjaya dikumpul telah dihantar ke tempat pengumpulan pakaian di Masjid UPM dengan bantuan daripada Taman Pertanian Universiti, UPM dengan penggunaan traktor.

 

Dalam keadaan norma baharu program masih dapat dijalankan dengan dengan jayanya serta mematuhi semua SOP yang teah ditetapkan.

Tarikh Input: 13/04/2021 | Kemaskini: 13/04/2021 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXERBAs~