LAWATAN PENANDAARASAN 5S BAHAGIAN AUDIT DALAM | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » LAWATAN PENANDAARASAN 5S BAHAGIAN AUDIT DALAM

LAWATAN PENANDAARASAN 5S BAHAGIAN AUDIT DALAM

Serdang, 9 Febuari 2018 – Amalan persekitaran kerja yang baik, selesa dan merupakan salah satu faktor dorongan kepada pekerja untuk menghasilkan mutu kerja yang baik serta dapat mengekalkan pekerja dalam organisasi secara positif. Jawatankuasa Pelaksanaan Amalan 5S Bahagian Audit Dalam telah mengadakan lawatan 5S ke PSAS dalam usaha membuat penandaarasan (benchmarking) terhadap beberapa perkara berkaitan dengan pelaksanaan amalan 5s yang terbaik.

Pihak Bahagian Audit Dalam telah memilih PSAS sebagai lokasi utama lawatan tahun ini disebabkan PSAS merupakan PTJ contoh yang telah memenangi Anugerah Pelaksanaan Kualiti Persekitaran Tempat Kerja (5S/EKSA), Hari Kualiti Dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2017.

Lawatan ini diketuai oleh Penyelaras 5S Bahagian Audit Dalam, Puan Marziati Md Din dengan disertai oleh lima orang ahli jawatankuasa yang lain.

Lawatan yang tiba pada jam 9.30 pagi dan telah disambut mesra oleh barisan Jawatankuasa 5S PSAS yang diketuai oleh Puan Azwana Ab Rahman, selaku Penyelaras 5S Perpustakaan Sutan Abdul Samad.

Dalam ucaptama mengenai pelaksanaan 5S di PSAS, Puan Azwana Ab Rahman turut berkongsi pengalaman serta tips-tips berkaitan malan 5S di PTJ beliau iaitu “Kekuatan kejayaan PSAS adalah daripada sokongan kuat pengurusan PTJ seterusnya kepada kerjasama semua ahli dan warga PSAS itu sendiri.”

Pihak 5s Bahagian Audit Dalam telah menerima cenderahati penghargaan sebelum dibawa melawat di sekitar kawasan kerja Perpustakaan Sultan Abdul Samad.

Secara keseluruhannya, lawatan ini sedikit sebanyak memberi motivasi dan suntikan semangat kepada para peserta lawatan untuk mengaplikasikan dan seterusnya menjayakan amalan 5S di Bahagian Audit Dalam.

 

Berita Oleh : Marziati Md  Din (Pegawai Kewangan/Juruaudit)

Bahagian Audit Dalam Universiti Putra Malaysia

Tarikh Input: 22/02/2018 | Kemaskini: 28/09/2018 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEUQAa~