Lawatan Penanda Aras EKSA 2020 | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Lawatan Penanda Aras EKSA 2020

Lawatan Penanda Aras EKSA 2020

Berita disediakan oleh : Pn. Farah Hanim Roslan (Pegawai Kewangan)

 

SERDANG, 3 Mac 2020 – Jawatankuasa Pelaksana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Bahagian Audit Dalam telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke Pusat Alumni sebagai salah satu usaha bagi menghadapi peralihan sepenuhnya daripada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S kepada EKSA pada tahun 2021.

Lawatan yang diketuai oleh Penyelaras EKSA Audit Dalam bersama-sama empat ahli jawatankuasa yang lain telah disambut dengan baik oleh AJK EKSA Pusat Alumni dan seterusnya taklimat dipengerusikan oleh En. Husalshah Rizal Hussian selaku Fasilitator EKSA Pusat Alumni.

 

Tujuan lawatan penanda aras ini dibuat adalah bagi mendapat pengetahuan berkenaan dengan amalan EKSA serta pendedahan dan kefahaman yang lebih jelas kepada ahli jawatankuasa EKSA Audit Dalam sendiri dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Pusat Alumni dipilih sebagai lokasi lawatan memandangkan Pusat Alumni adalah antara PTJ terawal yang melaksanakan amalan EKSA dan juga menjadi pilihan sebagai tempat rujukan oleh organisasi luar.

 

Setelah penerangan diberikan oleh En. Husalshah Rizal dan AJK yang lain, seterusnya kami dibawa untuk melihat keseluruhan pejabat Pusat Alumni yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang dinamakan dengan sudut EKSA. Penerangan yang jelas diberikan oleh setiap Ketua Sudut dan pihak kami sangat berpuas hati di atas kerjasama serta perkongsian ilmu dan amalan yang disampaikan oleh seluruh AJK EKSA Pusat Alumni. Semoga lawatan penanda aras ini berjaya memberikan manfaat dan semangat untuk Audit Dalam melaksanakan EKSA sebagai kesinambungan kepada amalan 5S yang telah dilaksanakan sebelum ini.

 

Tarikh Input: 07/04/2020 | Kemaskini: 25/11/2020 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 1346
03-9769 6176
WVMBLAu:11:39