LAWATAN JABATAN AUDIT DALAM, PPUM KE BAHAGIAN AUDIT DALAM UPM | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » LAWATAN JABATAN AUDIT DALAM, PPUM KE BAHAGIAN AUDIT DALAM UPM

LAWATAN JABATAN AUDIT DALAM, PPUM KE BAHAGIAN AUDIT DALAM UPM

Berita disediakan oleh : Marziati Md Din (Pegawai Kewangan, Bahagian Audit Dalam)

 

 

SERDANG 14 Februari 2023 - Jabatan Audit Dalam, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah membuat lawatan kerja ke Bahagian Audit Dalam UPM. Ini merupakan kunjungan balas atas lawatan Bahagian Audit Dalam UPM ke PPUM pada 08 Disember 2022 lalu. 

Lawatan kerja yang melibatkan 16 deligasi yang diketuai oleh Puan Roziah Abdullah selaku Ketua Jabatan Audit Dalam PPUM. Tujuan lawatan yang diadakan ini adalah untuk membuat penanda aras ke atas proses pengauditan yang telah dijalankan oleh Bahagian Audit Dalam UPM dari proses penyediaan Rancangan Audit Tahunan sehinggalah proses pengauditan dilaksanakan. 

Perkongsian dimulakan dengan pengenalan tentang Bahagian Audit Dalam UPM yang disampaikan oleh Ketua Audit Dalam, Pn Zainora Abdul Talib. En Sharul Azman menyambung perkongsian dengan pembentangan cara pengauditan Indeks Akauntabiliti yang telah dijalankan secara kendiri. Kemudian diikuti dengan perkongsian pengauditan yang telah dijalankan oleh setiap seksyen pengauditan iaitu Cik Nurrul Syakira – Pengauditan Pengurusan Kewangan dan Aktiviti Fakulti Pertanian, Pn Nurfarah Hanani – Audit ICT Pembangunan Sistem HRT dan En Mohd Faiz – Dashbord Pemantauan Berterusan.

Deligasi Jabatan Audit Dalam PPUM juga telah dibawa untuk melawat sekitar ladang yang diasaskan oleh jenama susu tempatan iaitu Farm Fresh. Ladang ini merupakan hubungan kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berhasrat untuk membangunkan Pusat Pelancongan Agro bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai industri tenusu di samping menyemai minat dalam bidang pertanian di kalangan belia. 

Perkongsian antara UPM dan Farm Fresh ini telah bermula sejak 2017, apabila kedua-duanya bekerjasama untuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Industri yang terletak di Ladang 16, UPM.

 

Tarikh Input: 21/02/2023 | Kemaskini: 21/02/2023 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEZJAf~