KURSUS PENGENALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » KURSUS PENGENALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

KURSUS PENGENALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

Disediakan oleh : Pn. Nur Asyikin Yusoff (Penolong Akauntan)

 

Serdang, 24 Februari 2020 -  Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm) telah menganjurkan Kursus Pengenalan EKSA pada 24 Februari 2020 selama sehari yang diadakan di Dewan Taklimat Serdang, Tingkat 1 Bangunan Canselori UPM. Peserta adalah terdiri daripada staf di bawah entiti Pejabat Naib Canselor. Bahagian Audit Dalam telah menghantar 3 orang wakil iaitu Cik Nurrul Syakira binti Bakhtiar,Encik Zainal Abidin bin Ahmad dan Puan Nur Asyikin binti Yusoff untuk menghadiri kursus tersebut. Encik Mohd Zakry bin Abdul Rashid iaitu Penolong/Pengarah Kanan Kastam Cawangan Pengurusan Pembayar Cukai Utama (LTU), Jabatan Kastam Diraja Malaysia,Putrajaya telah dijemput untuk menjadi penceramah kursus ini.

 

Tujuan utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada staf mengenai amalan dan pelaksanaan EKSA di PTJ. Antara pengisian kursus ini, peserta didedahkan dengan perbandingan diantara Amalan 5S dan EKSA, faedah melaksanakan EKSA, elemen amalan EKSA, pelaksanaan EKSA dan contoh persekitaran kerja kondusif.

 

Kursus ini juga turut di hadiri sepenuhnya oleh Encik Noor Mohamad b Shakil Hameed, Timbalan Pengarah Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm).

 

Diharap kursus ini dapat memberi input baharu dan kefahaman yang lebih jelas kepada semua peserta agar EKSA dapat dipraktikkan dan dilaksanakan dengan berkesan di PTJ masing-masing.

 

Tarikh Input: 07/04/2020 | Kemaskini: 07/04/2020 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEYWAY~