Kerja-kerja Naiktaraf Bumbung Bahagian Audit Dalam | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Kerja-kerja Naiktaraf Bumbung Bahagian Audit Dalam

Kerja-kerja Naiktaraf Bumbung Bahagian Audit Dalam

SERDANG, 16 Januari 2022 - Bahagian Audit Dalam melalui Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM telah mendapat kelulusan dalam kerja-kerja menaiktaraf bumbung Blok F, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi yang telah usang dan bocor terutamanya ketika hujan lebat.

Kerja- kerja naiktaraf ini bermula pada 19 Januari 2022 sehingga 12 April 2022 dan dibuat secara berperingkat bermula di pejabat Bahagian Audit Dalam dan seterusnya di bahagian Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM.

 

 

Bangunan Blok F ini pada asalnya digunakan oleh Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan(GSM) yang kemudian ditukar nama kepada Putra Business School (PBS). Pada April 2019, Bahagian Audit Dalam telah berpindah ke tingkat 3, bangunan Blok F Sekolah Perniagaan dan Ekonomi manakala PBS telah berpindah ke bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) pada tahun yang sama. 

Sehubungan itu, pengguna jalan raya termasuk pemandu kenderaan / motosikal dan penjalan kaki yang menggunakan laluan jalan raya berhadapan bangunan Blok F SPE diminta supaya berhati-hati dan tidak meletakkan kenderaan di sebelah bangunan blok F bagi tujuan keselamatan.

 

 

 

Berita disediakan oleh : Jawatankuasa Laman web PTJ

Tarikh Input: 27/01/2022 | Kemaskini: 30/08/2022 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXDdOAE~