Kepentingan Sains Data Dalam Pengauditan | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Kepentingan Sains Data Dalam Pengauditan

Kepentingan Sains Data Dalam Pengauditan

Serdang 22 Oktober 2020 : Data Analytics merupakan satu program atau bidang berkaitan pengurusan sains data yang merujuk kepada penemuan maklumat dari jumlah data yang dikenali sebagai Big Data, Internet of Things dan Simulation Modelling.

Bagi memastikan kelestarian dan kesinambungan teknologi dan pengauditan di era IR4.0, Bahagian Audit Dalam UPM mengambil inisiatif untuk mempelajari dan meningkatkan lagi penggunaan Analytics Tools dikalangan warga Bahagian Audit dalam UPM bagi memantapkan lagi proses pengauditan.

Perkongsian ilmu berkaitan analisis data dijalankan secara maya oleh Encik Mohd Azis Abdullah, Pegawai Kewangan Audit Dalam dengan menggunakan ACL Analytics sebagai tools yang sudah menjadi keperluan audit dalam sejak tahun 2011 sebelum menyediakan MRA(Memorandum Rancangan Audit).

Dengan menggunakan pendekatan secara praktikal, semua peserta dapat mengetahui kaedah-kaedah analisis yang berguna dan cepat dalam membuat sesuatu laporan analisis. Perkongsian ini juga akan diteruskan untuk tahap seterusnya bagi memastikan setiap pekerja di Audit Dalam UPM mendapat ilmu dan kemahiran analisis data yang terbaik.

 

Tarikh Input: 16/11/2020 | Kemaskini: 25/11/2020 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEZOAa~