KEJOHANAN BOWLING PEJABAT NAIB CANSELOR 2018 | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » KEJOHANAN BOWLING PEJABAT NAIB CANSELOR 2018

KEJOHANAN BOWLING PEJABAT NAIB CANSELOR 2018

27 September 2018 – Satu kejohanan bowling antara entiti di bawah Pejabat Naib Canselor telah diadakan pada 13 Mei 2018 (Ahad) bertempat di IOI City Mall, Putrajaya sebagai salah satu usaha mengamalkan gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan sesama staf.

 

Entiti Pejabat Naib Canselor yang terdiri daripada Bahagian Pentadbiran PNC, Bahagian Audit Dalam, Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm), Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) dan Pusat Jaminan Kualiti (CQA) masing-masing telah menghantar 2 pasukan pemain.

 

Setiap pasukan yang diwakili empat pemain perlu menamatkan tiga perlawanan dan juara  bagi pertandingan ini dimenangi oleh pasukan dari OSH. Salah satu pasukan dari Bahagian Audit Dalam telah berjaya meraih tempat ketiga dan menerima hadiah berupa hamper. Syabas diucapkan!

 

Turut hadir dalam kejohanan ini adalah YBhg. Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM yang sudi meluangkan sedikit masa bersama-sama staf Pejabat Naib Canselor.

 

Berita disediakan oleh: Pn. Farah Hanim Roslan

Tarikh Input: 28/09/2018 | Kemaskini: 22/01/2019 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEXUAn~