Kaedah Pemantauan Isu-Isu Audit | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Kaedah Pemantauan Isu-Isu Audit

Kaedah Pemantauan Isu-Isu Audit

Berita disediakan oleh : Puan Zainora Abdul Talib

 

UPM SERDANG (02 November 2021): IPPF(International Professional Practices Framework) Standards 2500 - Monitoring Progress, Ketua Eksekutif Audit hendaklah mewujudkan dan mengekalkan sistem untuk memantau pelaksanaan hasil audit yang telah dilaporkan kepada pihak pengurusan.

 

 

Bagi memastikan kepatuhan kepada IPPF, Bahagian Audit Dalam telah membangunkan Audit Dashboard bagi memantau tindakan  ke atas isu-isu audit bermula tahun 2018.

Bahagian Audit Dalam berbesar hati menerima jemputan daripada Unit Audit Dalam Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada 08 September 2021 bagi mengetahui kaedah-kaedah pemantauan isu-isu audit yang dijalankan oleh Bahagian Audit Dalam (UPM). Sesi perkongsian ini diadakan secara maya melalui aplikasi zoom meeting. Sesi ini dimulakan oleh Puan Zainora Abdul Talib, Ketua Audit Dalam UPM dengan pengenalan struktur organisasi Bahagian Audit Dalam UPM.

Sesi perkongsian yang berlangsung selama 2 jam ini juga turut membincangkan kaedah dan pelaksanaan penyediaan Rancangan Audit Tahunan di pejabat masing-masing. Encik Zaimasnizam Maspur selaku Ketua Audit Dalam LLM juga berkongsi mengenai kaedah-kaedah pengauditan yang dijalankan di Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Melalui perkongsian ini, Ketua Audit Dalam UPM menjelaskan mengenai kepentingan Audit Dalam  menyediakan satu proses susulan bagi memantau dan memastikan tindakan isu-isu audit yang telah dibangkitkan telah diambil Tindakan oleh pihak Pusat Tanggungjawab dengan berkesan dan seterusnya dibentangkan di mesyuarat Jawatankuasa Audit.

Sesi perkongsian ini berakhir pada pada jam 04:00 petang.

Tarikh Input: 02/11/2021 | Kemaskini: 02/11/2021 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXDdRAG~