EKSA : PROGRAM LAMAN HIJAU - KELESTARIAN HIJAU | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » EKSA : PROGRAM LAMAN HIJAU - KELESTARIAN HIJAU

EKSA : PROGRAM LAMAN HIJAU - KELESTARIAN HIJAU

Berita disediakan oleh : Pn. Marziati Binti Md Din (Peg. Kewangan)

 

SERDANG, 20 Julai 2022 – Bahagian Audit Dalam dengan kerjasama Jawatankuasa Pelaksana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah melaksanakan program Laman Hijau. Program ini bertujuan untuk menyediakan ruang kawasan hijau di Audit Dalam bagi menyokong salah satu kriteria penilaian yang terdapat dalam Komponen Kelestarian Hijau

Program dimulakan dengan pemasuan semula pokok dan gantikan dengan pasu dan tanah yang lebih sesuai. Kemudian aktiviti diteruskan dengan menyediakan ruang tanaman untuk sayuran seperti daun salad, kangkung, kuchai, daun kari, daun kesum, daun kunyit di kawasan teres tangga yang dahulunya kosong.

Program diteruskan dengan pengenalan tanaman sayuran mikrohijau oleh En Sharul Azman. Mikrohijau adalah sayur yang belum matang yang dituai dengan memotong batang anak pokok dengan gunting, dalam masa 1 bulan selepas disemai. Audit Dalam memilih tanaman sayur kangkung untuk projek mikrohijau ini.

Selain daripada menambah keceriaan kawasan pejabat dengan laman hijau, program ini juga dilihat berupaya menyediakan suatu medium kepada para peserta untuk berinteraksi secara santai antara satu sama lain lantas, mengeratkan lagi tali persahabatan yang sedia ada.

Kesimpulannya, program Laman Hijau ini berjaya mencapai objektifnya dan rata-rata mereka yang terlibat menyatakan program ini berupaya memberi pekerja manfaat dan wajar diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan. Program Laman Hijau ini berakhir jam 12.30 tengah hari.

 

Tarikh Input: 25/07/2022 | Kemaskini: 30/08/2022 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXDdWA0~