Ceramah Eksekutif Tadbir Urus Pengurusan Kewangan | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Ceramah Eksekutif Tadbir Urus Pengurusan Kewangan

Ceramah Eksekutif Tadbir Urus Pengurusan Kewangan

 

 

 

 

SERDANG: Jabatan Audit Negara mengesan ada projek dan pembelian barangan oleh kementerian, jabatan, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dikategorikan 'pelik tapi benar' termasuk menempah meja besar untuk bilik kecil menyebabkan ruang menjadi sempit.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, turut berlaku kes pembinaan yang gagal disiapkan walaupun bayaran penuh sudah dilangsaikan, selain tender sesebuah projek dalaman yang dipohon oleh 10 kontraktor dari satu keluarga.

"Bagi mengelak kes ini berulang, kami mencadangkan pihak terbabit kerap melakukan pemeriksaan mengejut bagi mengelak pemborosan, pembaziran dan penyelewengan," katanya dalam Ceramah Eksekutif Tadbir Urus Pengurusan Kewangan di Auditorium Canselori Putra, Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini sebentar tadi.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan institusi terbabit. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Seri Dr Zaini Ujang dan Naib Canselor UPM.

Sumber : http://www.bharian.com.my

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 07/09/2022 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXDdTA6~