BAHAN BUANGAN MENJADI PENDAPATAN SAMPINGAN | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » BAHAN BUANGAN MENJADI PENDAPATAN SAMPINGAN

BAHAN BUANGAN MENJADI PENDAPATAN SAMPINGAN

Berita disediakan oleh : Pn. Nurfarah Hanani Abdul Hamed (Pegawai Kewangan)

 

UPM SERDANG, 08 Ogos 2022 – Jawatankuasa EKSA Bahagian Audit Dalam UPM telah menganjurkan program Jualan Bahan Kitar Semula sebagai usaha menyokong inisiatif GoGreen UPM. Program ini dihebahkan melalui poster ke seluruh warga Audit Dalam untuk memberi sumbangan bahan yang boleh di kitar semula di rumah masing-masing dengan hashtag #trashtocash #janganbuang.

 

 

Antara bahan kitar semula yang berjaya dikumpul ialah kertas, kotak, botol kaca, plastik dan tin aluminum. Program ini dimulakan dengan pengumpulan dan pengasingan bahan di tong kitar semula PTJ yang terletak di Sudut GoGreen dan di hantar ke Pusat Jualan Kitar Semula terletak di Serdang. Melalui jualan bahan kitar semula, Bahagian Audit Dalam telah berjaya memperoleh tunai sebanyak RM27.

 

Diharapkan dengan penganjuran program ini dapat membudayakan amalan kitar semula dalam kalangan warga Audit Dalam dan menyokong kempen “selamatkan bumi” untuk generasi akan datang.

Tarikh Input: 12/08/2022 | Kemaskini: 30/08/2022 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXDdNAd~